Assalammualikum, Hai, Annyonghaseyo>,<
Hidup ini tak selalunya indah…..
Boleh jadi hari ini kehidupan kita penuh ceria dan gelak ketawa, senyuman tidak pernah lekang dibibir, hati kita berbunga riang, tiada langsung masalah yang memberatkan fikiran. Hidup kita bahagia…
Namun, jangan sesekali lupa, selepas kebahagian itu ada penderitaan…
Barangkali, esok hari kita mendapat musibah, sehingga air mata mengalir tidak henti, menjadi teman setia kita, duka menyaluti hati, muram terpampar tanpa dapat disembunyi, kita mencari cahaya untuk kembali daripada sedih yang mencekam hulu hati…..
Oleh itu, beringatlah ketika sedang gembira kerana tidak semua hari yang dilalui akan menjadikan kita , tersenyum, kita ketawa, dan kita bahagia….
Selepas kebahagian, ada penderitaan, kemudian datang kecerian, dan kembali semula dalam kesedihan…
Begitulah hidup seorang manusia……..sehinggalah diri kembali kepada EMPUNYA…
Segala amalan dihisab, penentu syurga dan neraka….
SYURGA tempat kebahagian tanpa secebispun penderitaan,
NERAKA tempat penderitaan berpanjangan…………………
No comments:
Post a Comment